Petikan
“Sebagai Kerajaan yang prihatin, penekanan telah diberi kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat, terutamanya yang miskin dan berpendapatan rendah selain daripada memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan. Dalam perkara ini, penekanan telah diberi kepada peluasan Jaringan Keselamatan Sosial untuk menyokong golongan miskin dan berpendapatan rendah, di desa dan di kota, di pekan kecil dan kampung terpencil. ” YAB Dato' Sri Najib Tun Razak
Statistik Semasa
Jumlah Capaian : 256961
|
|
rangsangan ekonomi
|
|
Langkah- langkah Memperkukuhkan Daya Tahan Ekonomi Negara |
|
Pelbagai inisiatif melibatkan suntikan peruntukan sebanyak RM 7 bilion dan RM 60 bilion akan dilaksanakan bagi memangkinkan aktiviti ekonomi dalam negeri serta merangsang aktiviti sektor swasta dan menjamin kesejahteraan rakyat.
Projek dan program yang dilaksanakan ini adalah selari dengan lima teras Misi Nasional dan juga selaras dengan tiga strategi khusus Bajet 2009, dalam usaha mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi Negara yang mapan dan menjamin kesejahteraan rakyat. |
|
Terakhir Dikemaskini Rabu, 08 April 2009 21:08 |
|
selanjutnya...
|
|
|
Selamat Datang ke www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my |
|
"Semua orang boleh mengakses laman web ini, menjadikan usaha kita terbukti telus dan terbuka. Ini semua dilakukan kerana keperihatinan terhadap tanggungjawab agar setiap sen dibelanjakan sampai kepada sasaran, terutama rakyat yang memerlukan."
Laman web khas untuk memantau bagaimana dana dibelanjakan untuk dua pakej rangsangan ekonomi. Ia bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat tentang program, projek dan kemajuan kedua-dua pakej tersebut.
Kerajaan akan menyalurkan maklumat kepada rakyat mengenai perbelanjaan terhadap pakej-pakej rangsangan, status kemajuan projek dan tahap perbelanjaan. Akauntabiliti ini adalah bertujuan untuk memastikan duit yang dibelanjakan dapat disampaikan kepada kumpulan sasaran.
|
|
Terakhir Dikemaskini Rabu, 13 Mei 2009 14:45 |
|
Mengenai Rangsangan Ekonomi |
|
Sejak pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos 2008, krisis kewangan global yang tercetus di Amerika Syarikat dan Eropah kini semakin ketara dan telah memberi impak negatif kepada ekonomi besar di peringkat global, termasuk Malaysia. Perkembangan ini sudah pasti akan menjelaskan pertumbuhan ekonomi global dan perdagangan antarabangsa pada tahun 2009. Dengan mengambil kira persekitaran ekonomi global yang mencabar ini, Kerajaan telah mengambil langkah tindak balas polisi bagi menangani krisis kewangan global ini. |
|
Terakhir Dikemaskini Rabu, 08 April 2009 11:56 |
|
selanjutnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|